Monday, 26 November 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi


Hi! Join giveaway Liyana Jasmi. Excited nak join sebab excited nak tahu ape benda dalam box tu.


Habuan dia? 5 mistery boxes for 5 winners, 6 items in each boxes, and all total 30 items.

So, apa lagi? Excited sama kan? Mari join kita

Di sini saya tag sekali rakan blogger
Sha Mohamed , Hani Fadhlina Abdul Rahman, Farah Farhana





Thank you for reading

Thursday, 22 November 2018

Peluang


Aku tidak pernah ada peluang untuk meluahkan segala isi dalam hati. Kerana di setiap perkara tersebut, tidak ada yag sudi. Dan semakin hari, aku semakin lupa bagaimana untuk memulakan satu perkongsian. Serta akhirnya, aku simpan semula.

dan kembali ke Dia.




Thank you for reading

Saturday, 17 November 2018

Perihal 'judgement' dan 'expectation'


Pernah tak di-judge oleh orang? dan kau tak ada kesempatan untuk jelaskan apa-apa kepada semua orang tentang diri kau yang sebenar. Of course kita tak suka dihakimi tetapi hampir setiap masa kita menghakimi orang lain. Dan kelakarnya, kita tidak pernah mahu sedar kalau kita sudah melakukan perkara tersebut. Betul, semua orang mahukan dirinya diberi kesenangan hati atau keringanan tetapi tidak pernah mahu meringankan orang lain. Mahu difahami tetapi tidak mahu memahami. 

Kita mahu difahami, tetapi dalam masa yang sama, kita judge orang. Ada yang sudah belajar jauh ke degree atau master juga phd tetapi judge orang yang belum menyambung belajar bahawa mereka itu gagal. Ada yang belajar ilmu agamanya ke peringkat yang lebih tinggi, join kelas-kelas usrah seminggu 3 kali tetapi judge orang yang tidak menyertai dan tidak tinggi ilmunya bahawa mereka itu munafik. Ini yang selalu berlaku dalam masyarakat kita.

Respect orang dulu, boleh? 

Kita tak mampu untuk jadikan semua manusia perfect, bersih dan seerti tapi sekurang-kurangnya kita mampu atau memampukan diri sendiri untuk melihat sisi baik setiap daripada kita, bukan yang buruk je. Kalau pun orang tu jahat, gagal dan sebagainya, kita menghakimi dia dan tidak respect ke dia masih juga tidak menjadikan dia seorang manusia yang baik. Tunjukkan contoh yang baik.

Kalau dah dari mula sikap kita yang suka menghakimi tanpa usul periksa, merendah-rendahkan kedudukan orang, dan membanding-bandingkan, dia tidak akan berubah. Nabi sendiri ditolak kerana agamanya dan masih juga ramai orang yang tidak mahu sama sekali mengikutnya tapi kena ingat akhlak dan adab beliau diakui semua manusia brader. Dia tidak pernah berhenti menyampaikan sesuatu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

Jom, belajar.



Thank you for reading

Thursday, 15 November 2018

Tolong like page saya please!


It is easy to start a business but it is never easy to lock it stable.

So, bloggers! Help me please! Like my facebook page MODERN RESUME


Actually aku mula buat service resume ni since July 2018. Slow-slow aku belajar, alhamdulillah mendapat sambutan. Income sebulan boleh cecah 3 angka kalau rajin, alhamdulillah. Start dari tu aku rasa aku nak teruskan walaupun pada pertengahan cerita haritu aku stop atas kesibukan hidup. But now, I have changed my mind. I will proceed no matter what. Because I know my abilities and I need to appreciate it in a good way. Doakan aku. Semoga doa-doa itu terpantul semula ke awak semua. InsyaAlllah.

Boleh tak aku nak nangis sekejap, terharu sebab Allah tu sentiasa ada di saat senang dan susah. Walhal kite ni hamba yang sering lalai. Allah...

Okay apa-apa pun, jangan lupa LIKE gais!










Thank you for reading

Wednesday, 14 November 2018

Berhenti memperjuangkan mimpi


Kau tak perlu berhenti memperjuangkan mimpi hanya kerana kau lelah setelah sekian kali jatuh melangkah. Kau tak perlu pergi hanya kerana rasa benci yang menyelimuti diri di saat kau bertahan pada titik yang sama yang tersia-siakan. Nanti kau akan tahu menuai hasil perjuangan lelahmu bukanlah hal mudah. Dan nanti, kau akan bersyukur kerana Allah sama sekali tidak ingin melihat perjuanganmu menjadi sia-sia.






Thank you for reading